#MenarikdiKualaLangat&Klang – Kilang Kopi Fama Banting (Cafe Anggerik)

0
479

Kilang Kopi Fama Banting – Cafe Anggerek yang terletak di Jalan Besar Kanchong Darat mula beroperasi pada 13 Ogos 2022 (Sabtu). Cafe Anggerek beroperasi dari hari Isnin sehingga Jumaat dan pada setiap hari Sabtu minggu ke dua dan minggu ke empat dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Cafe ini menawarkan pelbagai minuman berbentuk kopi dan juga bukan berasaskan kopi. Disamping itu juga, Cafe Anggerek menawarkan makanan seperti pilihan pelbagai roti (roti telur goyang, roti bakar), waffle dengan aneka topping (coklat, strawberi, peanut, blueberry, kiwi dan kaya) dan pada setiap hari Jumaat, mereka akan menampilkan menu istimewa untuk pelanggan mereka. Disamping itu juga, Kilang Kopi Fama Banting ada membuka kedai yang menjual barangan frozen dan barangan keluaran AgroMas. Anda boleh mengikuti post-post terkini mengenai Cafe Anggerek melalui laman sosial Facebook Page mereka di sini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini