Menjual pizza di halaman rumahnya memberi kelainan bagi pemilik puan mimi. Menariknya kedai makan ini,mereka membuat doh roti dan isi pizza hasil air tangan sendiri. Pizza yang dibakar menggunakan kayu api seperti di negara asalnya iaitu Itali, pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja. Pasti kaedah ini mempunyai kelainan dari segi rasa dan kelebihan tersendiri berbanding menggunakan ketuhar elektrik. Ketuhar kayu api yang mampu mencapai suhu tinggi membuatkan masa memasak menjadi lebih singkat. Aroma ‘smokey’ juga menjadi keunikan pizza kayu api ini. Selain menu pizza, terdapat juga roti paung,kepah bakar ,ayam bakar, dan makanan western.
Nama: Pizza Bakar kayu api
Alamat: Kampung Tanjung Mas, batu2 sepang.
Waktu operasi: Jumaat,Sabtu,Ahad (6:00 petang-10:00malam)
No telefon: 601135018770
Facebook: https://www.facebook.com/miminomi.nourmiamir