#MenarikDiPutrajaya – Pasukan Unit Berkuda di Putrajaya

0
724
Pasukan Unit Berkuda Putrajaya
Pasukan Unit Berkuda di Putrajaya

Tahukah anda terdapat Unit Berkuda Perbadanan Putrajaya yang membantu dalam mengawasi keselamatan dan menjalankan penguatkuasaan di Putrajaya. Unit Berkuda PPj dapat menjalankan tugas di tempat-tempat yang sukar dan tidak sesuai untuk dilalui oleh kenderaan seperti taman-taman rekreasi, Persisiran Tasik Putrajaya, dan kawasan berbukit.

Sama seperti di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya, Unit Berkuda Perbadanan Putrajaya (PPj) merupakan salah satu kemegahan bandaraya tersebut selain dijadikan salah satu elemen pencegahan jenayah.

Memiliki kekuatan anggota seramai 20 orang unit ini ditubuhkan pada 6 Jun 2007 dan secara rasminya beroperasi pada 2008.

Bertempat di Kompleks Unit Berkuda Putrajaya, Presint 15, kompleks yang berkeluasan 4.5 hektar ini dilengkapi fasiliti dan kemudahan latihan seperti 70 kandang kuda, paddock, padang ragut dan tempat rawatan kuda selain turut diguna sama Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM.

Alamat: 36, Jalan P15 H4/7, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Koordinat : 2.93157, 101.71301

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini