#MenarikDiHuluLangat&Sepang – Bukit Ampang

0
1260

Bukit Ampang merupakan salah satu tempat menarik untuk menikmati panorama satu Kuala Lumpur. Jika anda merancang untuk melihat ‘view’ yang lebih jelas dan cantik, datanglah pada waktu malam. Bukit Ampang adalah lokasi yang paling sesuai untuk melihat bunga api pada Tahun Baru dan musim perayaan.

Lokasi tempat menarik di Ampang ini terletak 25km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.  Terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka bermula jam 5.00 petang di persisir jalan dan tebing jalan.

Anda dinasihatkan untuk datang menggunakan motor kerana ruang parkirnya yang sangat terhad dan sukar. Tidak hairanlah, tempat menarik di Ampang ini menjadi pilihan pelbagai golongan seperti bersama ahli keluarga ataupun bersama rakan-rakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini