#MenarikDiKualaLangat&Klang – GOLD Coast Morib Resort (Water park)

0
384
Sumber:https://www.facebook.com/goldcoastmoribresort

Percutian di Gold Coast Morib Resort yang terletak di Banting, Selangor sememangnya satu aktiviti yang sangat ideal untuk para ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama keluarga terutamanya bersama anak-anak yang masih bersekolah. Resort ini terletak di tepi pantai dan tarikan utama di sini ialah taman tema air yang mempunyai kolam-kolam dan gelongsor air yang tidak kurang menariknya dengan persekitaran yang mesra kanak-kanak.

Perjalanan ke Gold Coast Morib Resort dari Kuala Lumpur tidaklah terlalu jauh hanya memakan masa kurang sejam dan lokasinya juga mudah diakses melalui jalan raya. Lokasinya yang strategik tidak jauh dari bandar-bandar utama yang lain sering menjadi pilihan keluarga untuk bercuti di hujung minggu. Gold Coast Morib Resort juga terletak tidak jauh dari beberapa tempat menarik lain seperti Pantai Morib, Pantai Kelanang dan juga Pantai Bagan Lalang yang popular dengan medan ikan bakar dan seafood yang sedap-sedap.

Bercuti ke destinasi ini kalau tidak ke water park yang disediakan ibarat ‘makan nasi tidak berkuah’. Taman tema air ini dibuka setiap hari dari 9.30 pagi sehingga ke 7 petang. Sekiranya anda menginap di Morib Gold Coast, kebiasaannya pakej bilik penginapan akan disertakan sekali dengan tiket masuk ke taman tema air.

Alamat :PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach, 42700, 42700 Banting, Selangor

No tel : 016-755 5232

Sumber:https://www.facebook.com/goldcoastmoribresort

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini