#MenarikDiKualaLangat&Klang – HURI Coffee Bukit Changgang

0
451
Gambar Ihsan dari Facebook

Lalui hari-hari yang mendatang dengan tenang dan secawan kopi. Hari anda akan menjadi seronok dan bahagia sekiranya dapat menghirup secawan kopi yang enak, suasana yang damai dengan harga yang berpatutan. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana semuanya ada di HURI Coffee Bukit Changgang. HURI Coffee Bukit Changgang adalah kafe yang selesa berkonsepkan indutrial dengan gaya kafenya yang tersendiri. Kafe ini menghidangkan bukan sahaja kopi, malah terdapat juga menu lain seperti minuman soda, kek dan pastri, makanan barat dan makanan kampung dengan harga yang berpatutan. Oh ya! mungkin nanti akan ada yang tertanya-tanya adakah HURI Coffee dengan SEDUHSIN Coffee merupakan kedai yang sama? Ya benar, lokasi yang sama cuma kini HURI Coffee dan SEDUHSIN Coffee merupakan ‘partner’ dalam dunia kopi. Ini kerana pemiliknya berpendapat mereka dapat melebarkan lagi sayap penyeduhan dunia kopi di Malaysia antara satu sama lain.

Nama : HURI Coffee Bukit Changgang
Alamat premis : Jalan Dengkil- Banting, Kg Bukit Changgang, Selangor
Waktu operasi : Selasa-Khamis 11am-10pm, Jumaat 2pm-10pm, Sabtu & Ahad 11am-10pm dan Isnin TUTUP
Nombor untuk dihubungi : 011-3325 0855

Facebook : https://www.facebook.com/huricoffeebukitchanggang
Instagram : https://www.instagram.com/huricoffee.bukitchanggang/
Peta lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini