Lubok Manggis Camp & Resort adalah merupakan sebuah kawasan pelancongan pinggir hutan dan sungai, tempat mandi manda yang berteraskan kepada konsep Ecotourisme dengan keindahan alam semulajadi. Ianya terletak berhadapan (mengadap) jalan utama dan Taman Rekreasi Sungai Lubok Manggis, di antara Sungai Congkak dan Sungai Lopo Pangsun di atas tanah lot no: 3583, Batu 21, Jalan Pansoon, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Mula beroperasi pada awal Disember 2009. Kedudukannya yang amat strategik kerana dikelilingi panorama hutan hijau dan bukit serta berhadapan dengan sungai dan tempat perkelahan keluarga di Lubok Manggis Hulu Langat. Memandangkan lokasi yang amat unik dan menenangkan, kem ini telah mendapat perhatian tinggi daripada para penceramah motivasi, pelajar institusi pengajian tinggi dan rendah serta persatuan dan badan-badan tertentu untuk mengadakan program di sini.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini adalah:
- Dormitori berkatil
- Khemah
- Dewan aktiviti terbuka
- Dewan makan
- Rumah urusetia lelaki dan perempuan berkatil
- Bilik Mandi Lelaki/Perempuan
- Tandas Lelaki/Perempuan
- Surau
- Padang
- Medan letak kereta/bas
- Sungai
- Aktiviti mengikut program/bebas.
Diantara aktiviti Ecotourism yang boleh dipergiatkan termasuk : –
- Pakej Air Panas
- Berakit Buluh di Sungai
- Sukan Air di Sungai dan Empangan
- Homestay
- Sukan Lasak
- Kebudayaan
- Program Kebudayaan
- Pakej Musim Buah-buahan
- Menjejak dan Pemuliharaan Hidupan Liar
- Pakej Budaya Orang Asli
- Pakej Mandi Herba
- Pakej Masakan Tradisional dan Ulaman
- Menyediakan Tenaga Pengajar dan Juru iring
- Menyediakan Pakej-pakej
- Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi dan lasak
Alamat : Jalan utama dan Taman Rekreasi Sungai Lubok Manggis, di antara Sungai Congkak dan Sungai Lopo Pangsun di atas tanah lot no: 3583, Batu 21, Jalan Pansoon, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan
Nombor untuk dihubungi : 017-8890001 atau 017-6641109 bagi membuat tempahan untuk program tertentu.
Sumber dari : https://lubokmanggis.wordpress.com/