#MenarikDiKualaLumpur – Taman Rimba Bukit Kerinchi

0
1710

Taman Rimba Bukit Kerinchi yang terletak bersebelahan dengan Hutan Pendidikan Bukit Gasing menjadi antara lokasi pendakian. Taman Rimba Bukit Kerinchi menjadi pintu masuk ke Bukit Gasing dari sebelah Kuala Lumpur, manakala Hutan Pendidikan Bukit Gasing pula menjadi pintu masuk dari belah Selangor.

Keluasan tapak keseluruhan kawasan hijau seluas 66.15 hektar dengan keadaan topografi yang tidak rata dilitupi oleh hutan sekunder dan bekas ladang tanaman getah yang tidak diusahakan lagi. Taman Rimba Bukit Kerinchi menjadi pilihan kepada para pelancong sama ada dari dalam dan luar negara bagi menjalankan aktiviti beriadah kerana suasana persekitaran yang masih mengekalkan keindahan alam semulajadi.

Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang disediakan di Taman Rimba Bukit Kerinchi khususnya untuk pengunjung yang hadir di sini. Selain melakukan aktiviti beriadah, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan yang disediakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini